Saturday 10 April 2021

BICARA DENGAN SANG LAUT

Aku disini.

Berbicara dengan sang laut.


Kau gila!..


Biar apa tohmah mu.

Bagi ku laut itu mendamaikan,.

Laut itu menenangkan.

Aku bermonolog disini.

Kerana aku pasti Dia sangat dekat denganku,

Dan laut itu perantara Nya.


Disini tempat aku bercerita..

Pada sang laut yang begitu indah dan damai.

Bunyinya gila, tapi ia sangat membahagiakan.


Laut membisikkan padaku dengan deru ombaknya..

Seribu satu rahsia kehidupan.

Laut mengajar aku erti sebuah kesetiaan dan ketabahan. 

Laut yang setia menunggu kehadiran ombak,

Biarpun ombak datang dan pergi berkali kali.

Laut yang tabah walau berkali kali dadanya robek di humban gelora sang badai.


Begitulah kehidupan.

Penuh onak dan duri yang perlu dilalui.

Apa pun yang melanda, tetaplah bertahan 

Selagi nyawa masih menumpang pada sekujur jasad.


Lots Of Love

Mim Yusof


#latahzanyaqolbi


Wednesday 7 April 2021

SECRETS OF LOVE

KHAS KEPADA PENCINTA MAKANAN SUNNAH YANG INGIN MENJAGA KESIHATAN, KECANTIKAN DAN KECERDASAN OTAK.

Menjaga pemakanan sangat penting untuk satu organ kita yang penting iaitu otak.

Kurma di iktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai buah yang bagus untuk otak.

Antaranya kurma dapat :

-membantu pesakit anemia

-menguatkan tulang

-meningkatkan tenaga batin

-mengawal berat badan

-mencegah kanser

-mengelak serangan angin ahmar.

Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf.

Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.




Kepada anda yang ingin amalkan makanan sunnah sebagai supplemen harian ,tengok video dibawah .

Klik link dibawah untuk pembelian Amoora Superfood dengan harga ISTIMEWA!!

Wasap.my/60194357056/AS


#amoora #superfood

#amoorasuperfood

Monday 23 November 2020

KISAH AKU

π—žπ—œπ—¦π—”π—› π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š π—žπ—”π—ž π— π—œπ— 

𝗣𝗔π—₯𝗧 𝟭.


Bismillahirrahmannirrahim. 


Memulakan sebuah cerita perjalanan hidup, bukan dari bayi ye sahabat, tapi ketika usia sudah menganjak dewasa dan mengenal alam rumah tangga.



Saat ekonomi Malaysia mula jatuh, tahun 1996, kak mim pindah ke Perlis, ketika ini sudah berhenti kerja dari Petronas carigali, sebab kena ikut team pcvsb pindah ke vietnam, banyak halangan dari keluarga untuk kesana, jadi akur sajalah.


Mulalah hidup baru di Perlis,

Saat ini masih dalam zon selesa, masih ada tempat berteduh, masih dijaga dengan baik, sehinggalah kemelut melanda.


Ketika ini ameer mula jatuh sakit, sebelum disahkan penghidap thalasemia major, hospital sudah mula jadi rumah kedua tempat kami menginap, tidak secanggih hari ini, dulu untuk trace penyakit ameer, kami terpaksa tinggal di wad berhari² setiap bulan.


Beberapa tahun di Perlis, dengan keadaan kewangan dan hidup yang sangat teruk, akhirnya kak mim ambik keputusan untuk balik ke kampung.


Kami menyewa disebuah rumah yang tidak seperti rumah, hanya ada satu bilik, dapur yang atapnya menyentuh kepala, tandasnya diluar rumah, bilik air tempat mandinya hanya dibuat dari zink dan tidak beratap.


Diamlah kami dua beranak dirumah itu, suami hanya hantar kami disitu, dia pergi cari rezeki di tempat lain.


Tidak daya mengharap kunjungan duit dari pemberian orang, maka Masa disini kak mim dah mula buat kuih setiap malam, nasi lemak, ketayap, donut, rojak betik, pengat pisang, puteri ayu, apam gula hangus, cik mek molek, itulah kuih² dagangan kak mim setiap hari.


Setiap hari kak mim tidur pukul 12 tengah malam selepas siapkan kelengkapan bahan memasak dari petang, pukul 1 pagi kak mim dah bangun dan mula memasak, membungkus sehingga selesai.


Selepas solat subuh, seawal 6.30am Kak mim dah keluar naik basikal sahaja, hantar kuih kerumah seorang kakak, beliau ibu tunggal yang menyara 8 orang anak dengan menjaja dagangan kuih² orang dan kuih kak mim dengan basikal roda tiganya. 


Setiap pagi bila keluar, kak mim akan kunci pintu dari luar, tinggalkan ameer tidur seorang dalam rumah, ketika itu umur ameer baru 4 tahun.


Balik dari hantar kuih, kak mim akan terus ke pasar, cari keperluan untuk buat jualan esok, balik dari pasar, singgah kedai jahit, ambik baju² yang nak  dijahit leher tulang belut, ambik upah jahit tulang belut baju kurung, upahnya rm3 jer sehelai waktu itu, sampai rumah mula ajar mengaji anak anak jiran waktu pagi satu sesi, kemudian bersambung ke selepas zohor satu sesi, lepas asar mula masuk dapur fokus pada apa yang nak dimasak untuk jualan esok.


Begitulah rutin kak mim setiap hari.


Masa ini arwah ayah selalu datang jenguk, arwah ayah ajak duduk sekali dengan dia dan arwah mak, tapi kak mim tolak, ada banyak sebab yang membuatkan kak mim tolak, masa ni mak dan ayah masih kuat, masih sihat. Rumah mak ayah jadi madrasah tempat budak budak kampung mengaji quran dan menadah kitab. 


Sehinggalah satu hari terjadi satu peristiwa, peristiwa yang tak dapat kak mim lupa sampai hari ini.


Rententan dari peristiwa itu kak mim pindah semula ke Perlis, dengan duit bekalan sebanyak rm120 sahaja pemberian arwah ayah untuk mulakan hidup baru. 


Arwah ayah bagi duit tu dengan satu pesanan pada kak mim "ayah bagi duit ni, guna lah sebaiknya, kembangkan duit ni, jangan bagi habis, jadikan dia ibu duit". 


Allahuuu, tak larat dah nak tulis, gigil tangan, mata basah, hidung sumbat, 😭Allahuakbar!.


Kak mim berenti dulu disini. 


Ada ke yang nak tau cerita seterusnya?. 

Kalau ada yang nak baca lagi, nanti kak mim tulis lagi. 


Selamat malam! 


#amooraelitediamond