KUAH ROJAK PADU.
Mesti ramai yang dah pandai buat kuah rojak kan! Tapi tak pe, sebagai koleksi, kak mim nak simpan sini, yang nak belajar buat boleh tengok sini ye ❤️.
Ini bahan yang kita perlukan :
1 keping manisan (gula gerek)
2 cawan gula
1/2 cawan kicap
10 tangkai cili kering (dalam gambar tu kak mim dah rebus dan blend)
Sedikit cili sos
Sedikit belacan
2 sudu besar bijan
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend kasar)
2 sudu besar tepung ubi (bancuh dengan air)
1 gelas air
Sedikit garam.
Mula mula cairkan gula gerek dengan segelas air tadi.
Bila dah cair, masukkan cili kering blend, belacan, kicap, cili sos, gula dan garam.
Masak sehingga mendidih dan agak pekat.
Kemudian masukkan tepung ubi yang dah dibancuh dengan air tadi.
Kacau sentiasa jangan tinggal ye, kacau sampai pekat.
Bila dah pekat elok, masukkan bijan dan kacang.
Masak sampai sebati macam ni.
Macam ni rupanya yang dah siap.
Sejukkan, kemudian boleh la menyicah dengan mangga muda atau apa apa buah yang anda suka.
Fuhhh! Mengences 😋.
Selamat mencuba bagi yang nak cuba 😍.
#dapurkakmim
#masakwithlove
Uiii tak boleh jadi ni, kecur air liur tgk. Lama sungguh tak layan asam
ReplyDeleteSedapnya nampak kak mim!
ReplyDelete